18 September 2009

TENSION...

Hari nie memang tension giler...PEN DRIVE ROSAK...aku pun satu, apasal la tak back-up aku punya file...dah la tu takkan aku nak buat balik semua file yang dah 13 tahun aku buat..hari nie last day kerja sebelum raya,  hari nie jugak dia nak rosak...13 tahun beb bukan 13 hari.... memang tension, dari pagi tadi tiada senyuman diwajahku...boleh ke aku nak raya kalau fikiran dok fikir pasal pen drive , orang sibuk buat persiapan raya aku sibuk cari kedai komputer....

Pada sesiapa yang boleh tolong...tolonglah ...pertolongan anda diperlukan...tika dan saat nie jiwa aku 99% kacau bilau,  sebak, nak menangis semua ada ...fikiran dah berserabut...otak kanan + kiri dah tak berfungsi..... macam-macam ayat yang kurang enak didengar berpusing-pusing dalam kepala ...
Takkan nak pasrah kot.....tak boleh tak boleh....tak boleh jadi nie....

Hampas punya PEN DRIVE.

Ucapan Raya...

Sekotak mancis secawan madu..selaut kasih seluas rindu..salam manis penuh syahdu..salam aidilfitri ku ucapkan pada mu...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli keluarga yang berada di Kedah, Pulau Pinang dan Seantero Malaysia terutama kepada bonda dan ayahanda yang berada di Gurun dengan ucapan "Maafkan anakanda seandainya selama ini anakanda menguris hati dan perasaan bonda dan ayahanda tanpa sedar dan dalam sedar... anakanda hanyalah insan biasa yang tak dapat lari dari melakukan  kesilapan, halalkan makan minum, terlalu banyak budi dan jasa yang dicurahkan dengan nama sayang pada anakanda...Insyaalah, raya kedua anakanda akan pulang beraya di kampung...Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki ..restu ayahbonda kuharap selalu..."
 

 

Kepada suami tercinta " Mohon maafkan segala khilaf yang ada kerana kekadang mata memandang salah melihat, Mulut kadang salah berucap, hati kadang salah menduga..mohon ampun zahir dan batin andainya selama ini adinda banyak melakukan kesalahan..Bukan niat dihati untuk menyakiti tapi kekadang terlanjur diri  kerana adinda hanyalah seorang isteri, yang perlu memperbaiki diri.."




Untuk anak-anakku " Maafkan mama seandainya mama gagal dalam mendidik, alpa dalam kasih sayang, terlupa untuk memberi nasihat, tersalah dalam menegur..ketahuilah anak-anakku, mama telah cuba untuk menjadi seorang mama yang terbaik untuk anak-anak mama..dihari mulia ini mama ucapkan selamat menyambut hari lebaran, semoga hidup Faqry, Fahmi , Fareez diberkati ".



Tidak lupa juga, buat rakan-rakan yang mengenali diri ini, dengan ucapan jemputlah datang ke rumah pada hari raya nanti. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.




Packing Duit Raya Project....

Tinggal 2 hari lagi nak raya...kalau zaman kanak-kanak dulu pasti aku membilang hari..yelah time raya la dapat pakai baju baru, kasut baru bak kata orang semuanya baru..tapi yang paling best time raya nie bila dapat duit raya...zaman dah berubah tapi kuasa duit tak pernah berubah.....tak percaya tanyalah kanak-kanak kat sekeliling anda...pasti jawapannya dapat duit raya...

Sekarang zaman aku dah berubah..kalau dulu dapat duit raya, sekarang nie kena hulur duit raya...bagi aku pada sesapa yang nak bagi duit raya biarlah ikhlas...keikhlasan tu penting...so aktiviti malam aku pada 15/09/2009 yang lalu ialah packing duit raya...




14 September 2009

Raya Kat Mana Tahun Nie ?

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja aku sempat bersuara kat suami " Tahun nie kita raya kat mana?" dengan selamba suami aku pun menjawab "Anak-anak semua nak balik rumah mak kat Gurun, jadi kita balik Gurun ajerlah"..tapi nadanya berlainan sikit..aku paham suami aku nie  , seorang lelaki yang suka mengalah...so tanpa segan silunya aku pun berkata " tak apelah abah, tahun nie raya pertama  kita raya kat Sungai Besar, raya kedua baru kita balik Gurun"..aku bukannya apa sebab cuti seminggu, jadi biarlah lama sikit kat Gurun....kampung halaman tercinta tu beb....Dalam bab aku nie korang rasa sapa yang pentingkan diri sendiri?...tapi bagi aku adil la tu sebab kalau nak ikutkan undian, raya pertama menang kat aku yakni beraya di Gurun...so aku buat keputusan raya pertama kat Sungai Besar, raya kedua balik Gurun...yang sebenarnya aku nak enjoy kat Gurun lama-lama...
Korang macam mana,?... nasihat aku...time nak balik raya jangan gaduh-gaduh, pahala yang dapat bulan Ramadhan jangan dikurangkan..berbincang elok-elok, mana-mana pun sama ajer..macam aku dengan suami dari mula kahwin lagi dah tetapkan kalau raya Aidilfitri kat rumah mak aku, Aidiladha kat rumah mak dia..selang-selang la beb...Anyway Raya tetap Raya...
Lagi satu aku nak kongsi ngan korang pasal harga bahulu..kelmarin anak aku Bulatan (nama panggilan untuk Fahmi) nak makan bahulu, aku pun beli la dekat Station Bas dekat pekan Tanjung Malim, untuk pengetahuan korang ada gerai yang dibuka untuk jual biskut, kerepek dan kuih untuk sambutan hari raya...cuba teka berapa harga untuk 50 biji bahulu yang diletakkan dalam bekas kedap udara tu? ...suami aku kira 49 biji ajer... kalau tak tahu aku bagitau..harganya RM14.00, akak yang jual tu kurangkan kat aku jadi RM13.00...okeylah akupun ambik, sebab anak aku dah tak sabar-sabar lagi nak makan..(sarapan pagi hari nie pun dia makan bahulu...tak posa anak aku nie, biasalah bebudak )... kebetulan pula malam semalam mak telefon dari kampung.."balik mana tahun nie, mak dah tempah bahulu kat Bulatan" salah satu ayat yang mak tanya kat aku.." Raya pertama kat Sungai Besar, raya kedua baru balik Gurun..berapa mak ambik bahulu?"...bla..bla..bla..." Seratus biji Rm10.00" jawab mak...dalam hal nie aku terfikir juga harga telur ayam kat Kedah dengan Perak tak sama ke?...entahlah ..malas nak fikir buat pening kepala saja...Anyway bahulu tetap bahulu...

12 September 2009

Raya Cookies Project.

time-time nak raya macam nie teringat dulu masa zaman kanak-kanak, lagi seminggu nak raya mak dah sibuk buat biskut raya..biskut yang mak selalu buat " Biskut Kelapa", kekadang tu terfikir jugak," dah tak de biskut lain ke mak aku nie"...tapi sekarang nie mak dah tak buat biskut dah, dah tak larat katanya...biskut kelapa nie yang specialnya rasa kelapanya la...tapi aku bukan nak kongsi buat biskut kelapa tapi nak kongsi satu jenis biskut yang paling aku suka...time raya biskut nie diwajipkan ada dalam salah satu jenis-jenis biskut yang mesti ada....so pada sapa-sapa yang nak try kat bawah nie resepinya...

BISKUT MAKMUR

Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh kepal]


Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
Gula icing [untuk salut kueh]
Cara
1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit (sehingga kulit boleh tanggal bila kacang di  gosok )
3. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
4. Ambil doh dan leperkan.
5. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
6. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
8. Simpan dalam balang kedap udara.

Cubalah.... tak susah nak buat biskut makmur nie, yang paling best biskut makmur ni amat gebu.

Teringat  aku pada geng-geng  form 5 katering 95/96 Sek. Men Teknik Pulau Langkawi....bila nak raya kami sure sibuk kat kitchen buat biskut raya , buah tangan nak bawa balik kampung time raya....banyak  sebenarnya kenangan aku pasal biskut nie....tapi yang paling aku tak boleh lupa, ambil upah kat mak pukul telur  nak buat bahulu...mak kata bila pukul tak boleh berhenti nanti bahulu tak jadi...apa lagi dah dapat upah , pukulan maut la aku kasi...bukan setakat tukang pukul ajer, siap jadi tukang rasa sekali ( tu yang best bila joined dengan mak kat dapur ) tapi sekarang nie tak payah susah-susah mesin dah ada...dulu bakar bahulu pakai sabut kelapa,sekarang nie pakai oven ....bahulu pun dah ada macam-macam jenis sekarang nie, bukan saja macam-macam jenis tapi macam-macam kaler..pilih ajer kaler mana yang korang suka...tapi aku memang respect kat anak-anak sebab favourite depa  kuih raya tradisional ...antara yang paling anak-anak aku gemari kuih bahulu, kuih karas, kuih bangkit, dan putu kacang....pada pendapat aku anak-anak patut diajar untuk mengenali kuih-kuih tradisional nie..so korang macam mana? suka ke dengan kuih tradisional nie...pilihan ditangan kita...
So amacam...korang dah rancang ke biskut raya tahun nie?...lagi tujuh hari lagi jer kita nak berpuasa...CEPAT RASANYA MASA BERLALU....... happy making cookies...