29 Ogos 2009


Ya ALLAH Ya TUHANKU, sesungguhnya hanya padaMU tempat aku memohon pertolongan, sesungguhnya hanya KAU yang maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG, sesungguhnya aku bersyukur ke hadratMU kerna mengurniakan padaku permata hati yang bisa meleraikan segala kekusutan...KAU PENCIPTA paling agung ........ Ya ALLAH, Ya Rahman,Ya Rahhim...Golongkanlah anak-anakku  dikalangan umatMU yang terpilih, jadikanlah mereka anak yang soleh, yang menghormati kedua ibu bapa, jadikanlah mereka ahli fikir yang menggunakan kebijaksanaan ke jalan yang KAU redhai...Jadikanlah mereka sebaik-baik insan didunia dan akhirat. Permudahkanlah rezeki mereka, permudahkanlah laluan mereka, permudahkanlah perhitungan mereka... Ya ALLAH jadikanlah Al-Quran pegangan mereka, Al-Sunnah ikutan mereka dan Al-Jannah destinasi mereka..
Wahai MAHA PENGASIH, jika aku jatuh cinta, benihkan cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cinta kepada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu, wahai MAHA PENYAYANG, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati orang yang tertaut kepada-Mu, agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah, wahai MAHA PENYAYANG, jika aku rindu, rindukanlah aku kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU, wahai MAHA PENYAYANG, jika aku rindu, jagalah rindunya kepadaku, agar aku tidak lalai merindui syurga-Mu sebenar..........

" Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat..Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..?.....Rupa-rupanya, Allah nak hadiahkan kita pelangi" fikir-fikirkan....

28 Ogos 2009

Anak Kecil Berlari - Lari...

Anak kecil berlari-lari,
Riang, gembira, sambil tertawa,
Indah sungguh ibu pertiwi,
Aman, damai, sentiasa.

Nun jauh di sana,
Anak kecil berlari-lari,
Sedih, berlinangan air mata,
Berlari, menyelamatkan diri.

Tidakkah kau lihat wahai kawan,
Bumi bertuah, hijau melata,
Syukurlah diri wahai kawan,
Bumi bertuah, milik kita.

Nun jauh disana,
Buminya masih berlinangan air mata,
Darah merah, segar mengalir,
Anak kecil menangis kesepian,
Mencari-cari, erti kehilangan.

Tanah mereka diceroboh,
Mereka dipermain-mainkan,
Pertiwi dilanyak, diroboh,
Dimana ertinya kemerdekaan.

Indah sungguh ibu pertiwi,
Aman, damai, sentiasa,
Erti merdeka penuh dihati,
Marilah kita menghayatinya,
Luahkanlah perasaan hati,
Launglah merdeka sekuat hati,
Merdeka... Merdeka..... Merdeka...

24 Ogos 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA..

Fadhilat Ramadhan
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

15 Ogos 2009

Kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu berbagai dugaan yang menimpa, meratah keimanan kita satu persatu, kekadang rasanya tak mampu , kadang-kadang mahu beralah, tapi disana ada kebahagian yang hakiki