14 Januari 2010

Ikhlas Itu Rahsia Allah....

Keihlasan adalah perkara yang paling tinggi selepas iman, ia merupakan rahsia Allah S.W.T, sehinggakan para malaikat dan dan empunya diri hatta orang lain pun tidak tahu dan tidak dapat mengesannya.Sifat ikhlas yang akan menentukan dan akan menjadi penilaian samada satu-satu amalan diterima atau ditolak oleh Allah s.W.T.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. para-para sahabat baginda akan menangis apabila mendengar tentang perkara yang melibatkan keikhlasan. Mereka merasa tidak selamat dan merasakan kemungkinan tidak akan memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak kerana begitu tinggi nilai keikhlasan itu disisi Allah S.W.T dan bertapa susahnya dan peritnya untuk memperolehi sifat ikhlas itu.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas, sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas secara automatik keikhlasannya akan terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas adalah seperti membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas...", menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini saya ikhlas, tapi sedih, awak menolak..".

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar" Dalam Islam, mengaku baik adalah sesuatu yang salah, sesiapa yang mengaku ikhlas, siang-siang keikhlasannya terbatal, perlu diingat tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, sebagai Hamba yang diciptakan oleh Allah S.W.T., kita cuma berusaha dan menjalankan tanggungjawab dengan tawaduk, moga-moga ia adalah ikhlas dan diterima Allah S.W.T.

Ikhlas bermaksud Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain, tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak suci). Begitulah dalam kita mengerjakan amal seperti solat, zakat, baca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, berkerja dan dalam mengerjakan apa jua tugas dan kehidupan sehari-hari, hendaklah dilaksanakan semata-mata kerana Allah.

Mesti diingat sebagai hamba Allah S.W.T., kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini kerana suruhanNya, kerana keredhoaanNya, kerana arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana kita patuh padaNya. Jadi hednaklah kita memfokuskan perbuatan, pemikiran dan pembawakan diri kita hanya kerana yang satu, tujuannya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah S.W.T, serta mengabdikan diri kerana Allah S.W.T. dan tidak dicampur adukkan perkara lain selain Allah S.W.T. - itulah ikhlas iaitu dorongannya satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah S.W.T. Sekiranya niat yang mana dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain kerana Allah S.W.T seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas. Ini boleh menyebabkan dengan tidak mempunyai keihklasan, kita boleh jatuh syirik khafi, jika ini berlaku maka di akhirat nanti, Allah S.W.T. menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya.

Allah S.W.T. tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah". Bagi merasai sifat keikhlasan sebenarnya, amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah, lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan tentang hatinya lalu hati dibiar dan terbiar, jarang diambil kira dan ini selalunya ramai yang terjebak. Khususul Nafs iaitu kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak adalah disebabkan kerana kurang kebersihan hati.

Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur. Ada
tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
Kerosakan awal - Contohnya seperti berdakwah, sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal..." atau "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan - Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir - Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.

Kita sepatutnya berasa malu kerana ini semua bukan dari diri kita tetapi hakikatnya dari Allah.Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita hendaklah berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
"Ya Allah, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiqMu Ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaanMu Ya Allah. Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap, tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Engkau. Ikhlas ini adalah rahsia di dalam rahsia Mu.."

10 Januari 2010

Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga...

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.

Riwayat Muslim


Huraian
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

06 Januari 2010



04/01/2010
Fahmi masuk darjah 1, faqry dah darjah 4, Si Bongsu macam biasa stay kat nursery dengan budak-budak seangkatan denganya...

Harapan mama agar anak-anak mama berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...Study Smart, be cool & Don't forget to be anak yang soleh...Doa mama sentiasa mengiringi perjalanan kalian, Insyaallah....Apa yang penting, mama sayang korang...