18 September 2009

Ucapan Raya...

Sekotak mancis secawan madu..selaut kasih seluas rindu..salam manis penuh syahdu..salam aidilfitri ku ucapkan pada mu...


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli keluarga yang berada di Kedah, Pulau Pinang dan Seantero Malaysia terutama kepada bonda dan ayahanda yang berada di Gurun dengan ucapan "Maafkan anakanda seandainya selama ini anakanda menguris hati dan perasaan bonda dan ayahanda tanpa sedar dan dalam sedar... anakanda hanyalah insan biasa yang tak dapat lari dari melakukan  kesilapan, halalkan makan minum, terlalu banyak budi dan jasa yang dicurahkan dengan nama sayang pada anakanda...Insyaalah, raya kedua anakanda akan pulang beraya di kampung...Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki ..restu ayahbonda kuharap selalu..."
 

 

Kepada suami tercinta " Mohon maafkan segala khilaf yang ada kerana kekadang mata memandang salah melihat, Mulut kadang salah berucap, hati kadang salah menduga..mohon ampun zahir dan batin andainya selama ini adinda banyak melakukan kesalahan..Bukan niat dihati untuk menyakiti tapi kekadang terlanjur diri  kerana adinda hanyalah seorang isteri, yang perlu memperbaiki diri.."




Untuk anak-anakku " Maafkan mama seandainya mama gagal dalam mendidik, alpa dalam kasih sayang, terlupa untuk memberi nasihat, tersalah dalam menegur..ketahuilah anak-anakku, mama telah cuba untuk menjadi seorang mama yang terbaik untuk anak-anak mama..dihari mulia ini mama ucapkan selamat menyambut hari lebaran, semoga hidup Faqry, Fahmi , Fareez diberkati ".



Tidak lupa juga, buat rakan-rakan yang mengenali diri ini, dengan ucapan jemputlah datang ke rumah pada hari raya nanti. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan