28 Ogos 2009

Anak Kecil Berlari - Lari...

Anak kecil berlari-lari,
Riang, gembira, sambil tertawa,
Indah sungguh ibu pertiwi,
Aman, damai, sentiasa.

Nun jauh di sana,
Anak kecil berlari-lari,
Sedih, berlinangan air mata,
Berlari, menyelamatkan diri.

Tidakkah kau lihat wahai kawan,
Bumi bertuah, hijau melata,
Syukurlah diri wahai kawan,
Bumi bertuah, milik kita.

Nun jauh disana,
Buminya masih berlinangan air mata,
Darah merah, segar mengalir,
Anak kecil menangis kesepian,
Mencari-cari, erti kehilangan.

Tanah mereka diceroboh,
Mereka dipermain-mainkan,
Pertiwi dilanyak, diroboh,
Dimana ertinya kemerdekaan.

Indah sungguh ibu pertiwi,
Aman, damai, sentiasa,
Erti merdeka penuh dihati,
Marilah kita menghayatinya,
Luahkanlah perasaan hati,
Launglah merdeka sekuat hati,
Merdeka... Merdeka..... Merdeka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan