17 April 2010

Tabahkan hatimu kawan...

17hb April 2010 jam menunjukkan lebih kurang pukul 8.10 minit pagi...aku menerima panggilan dari suami yang menyatakan Rohaimi suami kepada sahabatku Murni telah kembali ke rahmatullah...

Fikiran aku blank seketika...antara percaya dengan tidak ......aku memahami apa yang dirasainya sekarang kerana aku juga pernah melalui perkara yang sama...bezanya aku lebih bernasib baik kerana masih mempunyai suami disisi....

Sayu hati melihat keadaannya, namun dia masih tabah walaupun aku lihat yang dia begitu terluka...Aku sendiri tak menyangka yang dia akan melalui keadaan yang sebegini...
tabahkan hatimu kawan..
kerana kehilangan seseorang memang memedihkan
apatah lagi suami tercinta...
Ingatlah yang hidup pasti akan mati
dan kita yang masih hidup ini hanya mampu berdoa untuknya...

Ingatlah Murni...
Murni masih mempunyai ibu, kakak, adik dan yang paling penting anak-anak Murni...
berjuanglah untuk mereka...
tabahkan hati dengan dugaan tuhan..
mungkin ada hikmah disebalik setiap ketentuan....
mungkin juga ada sesuatu yang indah menanti kalian...
kuatkan semangat Murni kerana Murni kini menjadi kekuatan anak-anak....
kehidupan harus diteruskan....

Banyak-banyakkan berdoa untuk arwah..
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.

Al-Fatihah untuk suamimu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan