08 Disember 2009

Adakah Cinta Perlu Bersebab?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik....Sepasang suami isteri berjalan di sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan ditepi tasik.Kemudian si suami bertanya kepada si isteri. Ini dialog mereka:

Suami : Mengapa sayang menyukai dan mencintai abang?

Isteri : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai abang!

Suami : Sayang tak boleh terangkan sebabnya? bagaimana sayang boleh katakan sayang menyayangi dan cintakan abang sedangkan sayang tidak boleh menerangkannya.

Isteri : Betul! saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan abang!

Suami : Tak boleh beri bukti! Tidak! abang hendak sayang terangkan kepada abang apa sebabnya...


Si isteri menarik nafas panjang dan dia berkata "baiklah! saya mencintai abang sebab abang kacak, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan selalu mengingati saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak abang melangkah, disitulah cinta abang bersama saya"...


Si suami tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan isterinya. Namun begitu selang beberapa hari Si suami kemalangan dan koma..Si isteri amat bersedih lalu berkata kepada suaminya walaupun suaminya masih dalam keadaan koma kerana si isteri tahu bahawa suaminya tetap mendengar...


"Abang, jika disebabkan suara saya mencintai abang...sekarang bolehkah abang bersuara? Tidak!..oleh itu saya tidak boleh mencintai abang.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan saya mencintai abang...sekarang bolehkah abang menunjukkannya? Tidak! oleh itu saya tidak boleh mencintai abang..


Jika disebabkan senyuman saya mencintai abang, sekarang bolehkah abang tersenyum? Tidak! oleh itu saya tidak boleh mencintai abang..


Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai abang, sekarang dapatkah abang melangkah? Tidak! oleh itu saya tidak boleh mencintai abang.


Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang, saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai abang lagi...Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! saya masih mencintai abang dulu, kini, selamanya dan cinta tak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu...ia boleh dirasai dalam hati..."


Maka menitislah airmata Si Suami yang masih dalam keadaan koma itu...


Untuk korang, cuba fikir-fikirkan...adakah cinta memerlukan sebab?..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan