03 Disember 2009

Dua Kualiti Dalam Bidang Perubatan....


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

24 November 2009

BaWaLah dAkU bErSaMamU...


Bawalah Daku Bersama Mu
Ke Alam Baru Yang Indah
Usah Kau Biar Hati Ini
Meratap Berduka Kesepian

Berikan Daku Pengharapan
Membina Cinta Yang Suci
Padamu Jua ku Curahkan
Kasih Sayangku Yang Abadi

ku Ingin Di Sisimu
Di Belai Tiap Waktu
Tanpamu ku Sepi
Merindu Menanti
ku Mengharapkan Dikau Kembali

Kenanglah Daku Di Hatimu
Seindah Waktu Bertemu
Bawalah Daku Bersama Mu
Menempuh Jalan Yang Bahgia...

20 November 2009

Anak-anakku

Anak-anakku dengarlah mamamu bermadah.. sebagai nasihat untuk kalian sebelum mama memejamkan mata sebagai tanda ingatan dan pedoman untuk menghadapi liku-liku dalam kehidupan......

Anak-anakku yang tercinta....

Jika kamu alim.. jadilah obor kepada semesta..
Jika kamu jahil.. bernaunglah di bawah cahaya..
Jika kamu kaya.. jadilah bank kepada masyarakat
Jika kamu miskin.. berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu.. hindarlah dari meminta-minta Supaya terpelihara keizzahanmu.. Biarlah kamu miskin dengan manusia tapi kaya dengan Tuhanmu..
Jika kau saudagar.. jauhilah riba.. betulkan timbangan.. berbuat adillah dalam berjual beli..
Jika kamu perlu.. mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu..
Jika kamu pemimpin.. jadilah payung kepada umatnya.. rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin.. serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu..
Jika kamu pejuang.. banyakkan mengingati Tuhanmu.. hadapilah musuh.. jangan melampaui balasan-batasannya..
Jika kamu menderita.. tersiksa.. berserahlah kamu.. itu tanda 'basyar' dari Tuhan.. Tuhan kasih padamu.. kasih Tuhan itu lebih besar dari kasih seorang ibu kepada anaknya..



Dari Hati Seorang Isteri...

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..
dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang  bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..

sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...


19 November 2009

CINTA vs SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Cuma fikirkanlah siapa yang anda cinta & siapa yang anda suka..


PANDANGAN ORANG DAN PANDANGAN KITA...









Apa yang kita lihat tak semestinya sama dengan apa yang orang lain lihat...Fikir-fikirkan...

18 November 2009

Doa Untuk Kekasih...


Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah….
Seandai telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami,
Agar kemesraan itu kekal abadi…..
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…..
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti….
Berikan aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…..
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untuk untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambamu ini……
Ya Allah…..
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
Kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah pada kami keturunan yang soleh dan solehah…..
Ya Allah….
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Dan peliharilah kami dari azab api neraka,
AMIN…AMIN….AMIN
YaRabbal’aalamiin….

CAKAP-CAKAP..

Keperibadian seseorang dinilai melalui banyak perkara seperti tingkah laku, cara percakapan, pemikiran dan nilai-nilai peribadi lain. Bagaimanapun banyak pihak berpendapat antara yang paling ketara dinilai ialah berkaitan percakapan, memandangkan ia adalah pancaindera paling banyak digunakan untuk berhubung dan turut memberi gambaran mengenai nilai diri seseorang.

Individu yang bijak sentiasa menjaga tutur katanya agar tidak dinilai kurang sopan, tidak bijak dan banyak lagi gambaran buruk yang lain. Pepatah kita ada menyebut: kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.
Malangnya terdapat individu yang tidak berhati-hati ketika bercakap seperti tidak merasa apa-apa kesalahan mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan atau mendatangkan keburukan kepada individu lain. Malah tidak keterlaluan dikatakan ada yang berbangga dirinya dilabelkan mempunyai gaya percakapan yang buruk atau dikatakan tidak sayang mulut.



Individu yang mengeluarkan perkataan tidak baik merasakan dirinya hebat dan tidak takut implikasi perkataan yang diucapkan kerana yakin tidak ada pihak lain yang akan berani menyalahkan perbuatannya itu. Malah dengan menggunakan kedudukan atau pengetahuan dalam undang-undang dijadikan alasan bahawa apa yang diucapkan itu tidak salah atau tidak boleh dipersalahkan.


Sebenarnya tidak ada orang yang suka kepada mereka yang suka lepas cakap tanpa memikirkan perasaan dan kesan kepada orang lain. Biarpun dikatakan lidah tidak bertulang, tetapi di lidahlah selalu terlekat tulang dan terluka.

Mengapa kita perlu meraih populariti dengan cara ‘suka-suka cakap’ dan menjadi senjata memburuk-burukkan pihak lain, sedangkan diri sendiri sentiasa kelihatan tidak sempurna akibat lepas cakap yang dilakukan.

Individu berperibadi mulia akan sentiasa mengucapkan perkataan yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain kerana tutur kata yang baik diumpamakan seperti mutiara yang disukai semua orang. Tutur kata yang baik menarik minat orang lain mendengarnya dengan perasaan ceria dan kagum.


Nenek moyang kita mengajar agar sentiasa berbudi bahasa, biarpun terhadap seseorang yang ingin ditegur kesilapannya atau orang buruk pekertinya. Orang Melayu biasanya menggunakan bahasa kias untuk menegur atau memperkatakan sesuatu yang tidak pasti.

Bahasa kias bermakna perkataan disebutkan tidak terus tetapi membawa maksud kepada apa yang hendak diucapkan. Maksud tersirat dalam bahasa kias amat kuat kesan di sebaliknya. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.

Kita sebenarnya perlu mementingkan penggunaan bahasa sopan di semua pringkat, terutama mereka yang bergelar pemimpin kerana apa yang mereka lakukan sentiasa menjadi perhatian  dan mudah menjadi ikutan. Tidak kira apapun keadaan dan perasaan yang  ingin diluahkan, mengucapkan kata-kata mencarut, kasar dan tidak bermoral akan mencerminkan sikap buruk penuturnya.


Dalam budaya kita, anak-anak sentiasa diajar dan diingatkan agar bersopan santun dalam bertutur. Aspek ini diberi perhatian sejak anak masih kanak-kanak kerana ia menjadi antara asuhan budi paling penting diterapkan di dalam diri kanak-kanak. Sebab itu, ibu bapa akan malu jika anak-anak menggunakan perkataan biadab dan menghina yang melambangkan kurang ajar dan keadaan itu sudah pasti dikaitkan dengan ibu bapa. Rasa malu dan aib itu bertambah-tambah lagi jika perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.

Penggunaan bahasa sopan bermaksud tanda hormat terhadap orang yang dilawan bercakap atau mendengarnya. Sifat hormat menghomati  banyak kebaikannya. Ini dapat mengelak salah faham dan perasaan tidak senang hati pihak lain jika perkataan kasar yang digunakan dianggap tanda penghinaan.


Kata pepatah, ‘kata itu lebih tajam daripada mata pedang’ dan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merosakkan badan’. Seringkali ada orang menerima kesusahan disebabkan perkataan buruk yang diucapkan kerana tidak berhati-hati ketika bercakap. Akibat sepatah perkataan yang diucapkan boleh membawa kepada kerugian dan penyesalan seumur hidup.

Sebab itu, berfikirlah dengan teliti sebelum bercakap sesuatu perkara yang mengundang rasa marah pihak lain. Lebih baik kita dipandang tidak lancar bercakap, daripada terlepas cakap.