12 November 2009

Langit Biru..

Langit biru,
senyumlah padaku,
moga terbuka,
pintu kalbuku,
menyambut rahmat
dan kasih syahdu.

Langit biru,
senyumlah padaku,
agar hatiku terus berlagu,
biarpun dihambat resah dan syahdu.

Langit biru,
senyumlah padaku,
leburkanlah segala rasa pilu,
sebelum kau menjadi kelabu.

Langit biru,
senyumlah selalu,
kerana seluasmu,
aku menyimpul rindu.

Aku Ingin Tidur Seketika...

Aku mahu tidur seketika,
Di dadamu…di sisimu,
Mungkin aku akan terlena,
Jauh ke dalam mimpi,
Aku ingin lari dari realiti ini
Mengecapi mimpi tak bertepi,
kalau mimpi itu indah belaka,
biarlah aku terus lena tanpa jaga,
cuma kejutkan aku nanti
jika tidurku meracau
dan bila jaga nanti,
aku ingin berada di sisimu...
seperti di dalam mimpi-mimpiku




11 November 2009

Takdir Penentu Segala...

Berat rasa kakiku melangkah pergi
Menujui ke destinasi tak pasti
Andai kata ada harapan untukku
Berikan ku tanda agar jalanku lebih bererti

Kau kucinta dari seluruh ragaku
Melebihi segala di dunia ini
Namun harapan masih tinggal harapan
Dilema menanti lebih menyiksa dari segala

Sesungguhnya...
Takdir penentu segala
Bahagia yang dicita
Hanya sedetik jaraknya
Namun masih... tak tersentuh kau jua
Kabur jua pandangan
Kekasihku... berapakah lamanya
Ketabahanku mungkin akan pudar

09 November 2009

KATA USTAZ...

Kata ustat
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama…


Kata ustat
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama…

Kata ustat lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga…

Akhirnya ustat berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH…


Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya…


08 November 2009

19 Hadith Rasullullah S.A.W Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

23 Oktober 2009

Mutiara Hati..

  • Berdoa & Meminta bukannya perkara yang sama.
  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik
  • Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • Orang yang bijak mempelajari banyak perkara dari musuhnya sendiri.
  • Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.
  • Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
  • Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

14 Oktober 2009

Sejenak Mengenai Cinta...Apakah Maksud Cinta Itu Sebenarnya....


"Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan...."  bagi aku...

jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar….
jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..
jika ia sebuah cinta…
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…
jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…
SEMUANYA....JIKA IANYA SEBUAH CINTA......

08 Oktober 2009

Minggu yang sibuk + menyibuk..

Hampir 2 minggu rasanya aku tak up-date blog nie...sibuk memang sibuk, ditambah lagi dengan sikap aku yang suka menyibuk so terjadilah kesibukkan yang terlampau...
Sebelum raya thumb drive buat hal jadi terpaksa buat balik semua dokumen + rekod yang hilang..tension memang tension, tapi berserah ajerlah nak buat macammana benda dah jadi...hari Jumaat 2hb Oktober 2009  lepas sampai hari Ahad kat UUM, tidur tak cukup beb...banyak assingment nak kena buat...pening memang pening...ayu memang tak ayu dah yang ada hanyalah kuyu dan layu...